Jelajah Borneo 1
Pertama kali beraya di perantauan memang meruntun jiwa. Sedih sebab tak bersama famili di kampung, gembira sebab still beraya sebagai satu famili di sini....apa-apa pun dah adat merantau...kena le ada challenge sikit....baru kuat semangat....jauh perjalanan luas pengalaman...Untuk cuti raya tahun ni, kami sefamili dah plan beraya di Sabah...huhuhuhu...driving ke sana dari Bintulu...memang teruja dan terkesima jugakle planning tahun ni....Cik suami dah buat planning since Ramadhan lagi...cari peta sana sini, buka dan baca blog orang dah travel ke Sabah, tanya org sana sini...pendek kata persediaan mental dan kewangan memang dah siap awal2 lagi...
Dipendekkan cerita, lepas habis suami dan anak2 lelaki yg lain solat idilfitri, kami bertolak ke Miri pada petang hari raya pertama....sedang org Bintulu sibuk makan ketupat dan laksa Sarawak kami sefamili bermusafir di bumi Borneo....
Famili picture first day raya |
Seperti biasa, Hotel Nur Miri adalah pilihan kami kerana bilik famili yg besar dgn harga yg berpatutan...breakfast pun sedap walau tak banyak pilihan...
Hotel Nur yg ada Nur |
Breakfast dgn muka ceria di Hari Kedua Hari Raya |
Hari kedua Idilfitri....bermulalah penggembaraan kami ke Kota Kinabalu Sabah....
No comments:
Post a Comment