Saturday, 19 April 2014

Kayu Keramat Terengganu


Kayu Keramat Terengganu


Orang Sarawak sekalian...kali ni aku nak perkenalkan sejenis kayu yg org Terengganu suka sgt makan...nama dia Kayu Keramat

Kayu Keramat Terengganu

Mana kayu nya cik Zty? Aiyoyo...kayu sik ada pok...nama nya kayu tapi ni sebenarnya adunan tepung,yis,gula,garam dan telur...kalau ada kuah kari memang best giler buat makan petang...kalau kat rumah aku...ni dah jadi macam snack dah...pagi petang malam belasah kayu ni

Bahan2 utk Kayu ni adalah seperti berikut:-

  1. 5 cawan tepung
  2. 1 sudu kecil yis
  3. Secubit soda bikarbonat
  4. 1 1/2 gelas air suam
  5. 1 gelas gula
  6. 1 biji telur


Kacau gula dalam air suam (dgn kelajuan maksima??)....masukkan yis dan gaul sebati...tambah telur dan kepuk hingga sebati....ayakkan tepung bersama cik soda dan gaul hingga sebati slow2...biarkan adunan tadi di atas dapur sehingga naik 2 kali ganda (chemical reaction maa...)....dah naik gebu2 dan menawan tu boleh le ditarik sikit2 dan digoreng mengikut bentuk yg dikehendaki...biasanya panjang or pendek...

Mana keramatnya cik Zty? Keramat nya bila dah di telan dan sendawa hingga licin habis sepinggan...sekian

No comments:

Post a Comment